AdSense ssufian

Sunday, June 29, 2014

Tolong sebarkan...


Alhamdulillah... qariah di sini mendidik anak-anak mereka utk sama² solat Subuh...



via Instagram http://ift.tt/1iH3Jzi

Sunday, June 22, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan 1435H



Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk sama-sama kita menyambut kehadiran Ramadhan Al Mubarak 1435H.

Semakin hari bahang semangat Ramadhan semakin dirasai.
Kehadiran Ramadhan membawa bersama-samanya hari-hari yang penuh dengan keberkatan, yang penuh maghfirah, penuh barokah.

Ramadhan adalah Syahrun Azhim (Bulan Yang Agung)
Ramadhan adalah Syahrul Mubarak (Bulan Keberkatan)
Ramadhan adalah Syahru Nuzulil Qur’an (Bulan Quran Diturunkan)
Ramadhan adalah Syahrus Siyam
Ramadhan adalah Syahrul Qiyam
Ramadhan adalah Syahrus Sabr (Bulan Sabar)
Ramadhan adalah Syahrul Musawwah (Bulan Santunan)
Ramadhan adalah Syahrul Yuzdaadu fiihi Rizqul Mu’min (Bulan Rezeki Untuk Orang2 Mukmin)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Wahai segenap manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung penuh berkah bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa di siang harinya sebagai kewajiban, dan qiyam di malam harinya sebagai sunnah. Barangsiapa menunaikan ibadah yang difardhukan, maka pekerjaan itu setara dengan orang mengerjakan 70 kewajiban. Ramadhan merupakan bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah syurga. Ramadhan merupakan bulan santunan, bulan yang di mana Allah melapangkan rezeki setiap hamba-Nya. Barangsiapa yang memberikan hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka akan diampuni dosanya, dan dibebaskan dari belenggu neraka, serta mendapatkan pahala setimpal dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa tersebut.” (HR Khuzaimah)

Melihat kepada tersangat istimewanya Ramadhan yang bakal tiba ini nanti, mari lah kita meraikannya.

Mungkin ada yang sudi berkongsi di sini bagaimana mereka membuat persiapan supaya Ramadhan itu dapat dirasai kemeriahannya terutamanya di kalangan keluarga yang masih ada anak-anak kecil supaya anak-anak ini nanti tahu menghargai dan menanti kehadiran Ramadhan lebih lagi daripada Syawal.

Kena ingat! Tempoh sambut Syawal hanya sehari je berbanding tempoh sambut  Ramadhan adalah sebulan.
Kena ingat jugak yg Syawal hanya layak diraikan apabila Ramadhan kita dapat raikan dengan sepenuhnya sebulan.

Di sini saya kongsikan artikel yang sangat menarik berkenaan istimewanya Ramadhan dari website PUSPANITA (Jabatan Imigresen Malaysia)

Keistimewaan Ramadhan

Menjelang bulan Ramadhan, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlomba-lombanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” (HR At-Thabrani)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Wahai segenap manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung penuh berkah bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa di siang harinya sebagai kewajiban, dan qiyam di malam harinya sebagai sunnah. Barangsiapa menunaikan ibadah yang difardhukan, maka pekerjaan itu setara dengan orang mengerjakan 70 kewajiban. Ramadhan merupakan bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah syurga. Ramadhan merupakan bulan santunan, bulan yang di mana Allah melapangkan rezeki setiap hamba-Nya. Barangsiapa yang memberikan hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka akan diampuni dosanya, dan dibebaskan dari belenggu neraka, serta mendapatkan pahala setimpal dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa tersebut.” (HR Khuzaimah)
Sambutan Nabi Muhammad SAW ini merupakan teladan bagi umatnya dalam menghadapi datangnya bulan Ramadhan. Sambutan hangat penuh kegembiraan yang Baginda sampaikan menunjukkan perlunya tarhib Ramadhan seperti khutbah Rasulullah SAW ini diamalkan secara bersungguh-sungguh oleh kaum Muslimin. Jika ada satu ketika di mana pemimpin negara menyampaikan pidatonya, tentulah saat tersebut bukan saat biasa. Itu sebuah program terpenting dengan saat paling istimewa. Demikian pula dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan keunggulan dan kemuliaan.
Dari hadis tersebut, Rasulullah SAW menyebutkan 8 keistimewaan bulan Ramadhan dibandingkan bulan-bulan yang lain, iaitu:
1. Syahrun Azhim (Bulan Yang Agung)
Azhim’ digunakan untuk menunjukkan kekaguman terhadap kebesaran dan kemuliaan sesuatu. Sesuatu yang diagungkan Rasulullah SAW tentulah memiliki nilai yang jauh lebih besar dan sangat mulia dengan sesuatu yang diagungkan oleh manusia biasa. Alasan mengagungkan bulan Ramadhan adalah kerana Allah SWT juga mengagungkan bulan ini. Firman Allah SWT: “Demikianlah (perintah Allah SWT). Dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati.” (QS Al-Hajj: 32)
Ramadhan diagungkan oleh Allah SWT kerana pada bulan inilah Allah SWT mewajibkan puasa sebagai salah satu dari lima rukun Islam. Allah Yang Maha Pemurah Penyayang telah menetapkan dan mensucikan bulan ini dan kemudiannya memberikan segala kemurahan, kasih sayang, dan kemudahan bagi hamba-hamba yang ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
2. Syahrul Mubarak (Bulan Keberkatan)
Bulan ini penuh keberkatan dan manfaat. Detik demi detik di bulan Suci ini bagaikan rangkaian berlian yang sangat berharga bagi orang beriman kerana semua perbuatan kita ketika berpuasa menjadi ibadah berpahala yang balasannya langsung dari Allah SWT. Amal baik sekecil mana sekalipun akan dilipatgandakan asalkan ikhlas.
Keberkatan bulan Ramadhan secara kasar dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu 10 malam pertama yang dipenuhi rahmat Allah SWT, 10 malam berikutnya diisi dengan pengampunan (maghfirah), manakala 10 malam terakhir merupakan pembebasan manusia dari api neraka. Keberkatan yang Allah SWT berikan ini akan dicapai sekiranya kita menggunakan waktu yang terhad untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagaimana saranan Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW: “Setiap amal yang dilakukan anak Adam adalah untuknya, dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta'ala berfirman: “Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang langsung membalasnya. la telah meninggalkan syahwat, makan dan minumnya kerana-Ku.” Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan,iaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada aroma kasturi.” (HR Bukhari dan Muslim)
3. Syahru Nuzulil Qur’an (Bulan Quran Diturunkan)
Allah SWT mengistimewakan Ramadhan sekaligus menyediakan sasaran terbesar, iaitu menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup. Firman Allah SWT: “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan furqan (pembeda di antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa di bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (QS Al-Baqarah: 185)
Ayat di atas menjelaskan bahawa tujuan utama amalan pada bulan Ramadhan ialah membentuk insane bertakwa yang menjadikan Kitabullah sebagai manhajul hayat (pedoman hidup). Dapat dikatakan bahawa Ramadhan tidak dapat dipisahkan dengan Al-Quran. Rasulullah SAW menerima wahyu pertama pada bulan Ramadhan dan di setiap bulan Ramadhan, Malaikat Jibril AS akan datang sehingga dua kali untuk menguji hafalan dan pemahaman Rasulullah SAW terhadap Al-Quran.
4. Syahrus Siyam
Firman Allah SWT: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (QS Al-Baqarah: 183)
Dari awal hingga akhir bulan Ramadhan kita menegakkan satu dari 5 rukun (tiang) Islam yang sangat penting, iaitu shaum (puasa). Kewajiban berpuasa adalah penting sebagaimana kewajiban solat 5 waktu. Maka sebulan penuh seseorang Muslim menumpukan diri beribadah sebagaimana dia mendirikan solat Subuh atau Maghrib yang memakan waktu beberapa minit sahaja. Puasa Ramadhan dilakukan tiap hari dari terbit fajar sehingga terbenam matahari (Maghrib). Siyam bermaksud menahan diri dari makan, minum dan berjimak serta segala macam maksiat di siang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Jadi, untuk mencapai kesempurnaan puasa, selain menahan diri dari makan, minum dan jimak, kita juga perlu menahan diri dengan meninggalkan perbuatan maksiat dan yang makruh.
5. Syahrul Qiyam
Bulan Ramadhan menggalakkan umat Islam untuk melakukan amalan orang-orang soleh seperti solat dan membaca Al-Quran. Di bulan Ramadhan, setiap mukmin sangat dianjurkan melakukan solat tarawih dan witir sebagai latihan agar mampu mengamalkan qiyamullail di luar bulan Ramadhan.
Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa mendirikan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Muttafaqun 'Alaih).
6. Syahrus Sabr (Bulan Sabar)
Bulan Ramadhan melatih jiwa Muslim untuk sentiasa sabar, tidak mengeluh dan tahan uji di dalam keadaan lapar dan dahaga. Sabar adalah kekuatan jiwa dari segala bentuk kelemahan mental dan spiritual. Orang yang sabar akan bersama Allah SWT sedangkan balasan orang-orang yang sabar adalah syurga.
Sabar lahir bersama segala bentuk kerja besar yang berisiko seperti dalam dakwah dan jihad fi sabilillah. Ramadhan melatih Muslim beramal islami dalam berjamaah untuk meninggikan kalimah Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: "Puasa itu setengah kesabaran. Kesabaran itu setengah dari iman." (HR Tirmidzi, Abu Na'im, dan Abu Mas'ud)
7. Syahrul Musawwah (Bulan Santunan)
Ramadhan menjadi bulan santunan apabila orang-orang beriman sedar sepenuhnya bahawa puasa mendidik mereka untuk memiliki rasa simpati terhadap golongan fakir miskin kerana merasakan lapar dan dahaga sebagaimana yang biasa dirasai oleh golongan tersebut. Kerana itu kaum Muslimin dianjurkan supaya sentiasa bermurah hati untuk membantu golongan yang memerlukan. Sifat memberi tanpa mengharapkan balasan harus ditanam di dalam setiap diri Muslim.
Nabi SAW adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Qur'an. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan kepadanya Al-Qur'an. Rasulullah saw ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus. (HR Bukhari dan Muslim)
Segala amal yang berkaitan dengan harta seperti zakat fitrah sedekah, infak, wakaf, dan sebagainya, bahkan zakat harta pun sebaiknya dilakukan pada bulan yang mulia ini. Memberi, meskipun kecil, bernilai besar di sisi Allah SWT. Sesiapa yang memberi makan atau minum kepada orang yang berpuasa walaupun hanya seteguk air, mendapat pahala puasa seperti yang diperolehi oleh orang yang berpuasa.
8. Syahrul Yuzdaadu fiihi Rizqul Mu’min (Bulan Rezeki Untuk Orang2 Mukmin)
Bulan ini rezeki orang-orang beriman bertambah kerana segala kemudahan dibuka oleh Allah SWT seluas-luasnya. Para pedagang akan beruntung, orang yang menjadi pekerja mendapat kelebihan pendapatan dan sebagainya. Namun rezeki terbesar adalah hidayah Allah SWT kemudian hikmah dan ilmu yang begitu mudah diperoleh di bulan yang mulia ini.
Wallahua’lam.

Jalan kaki balik rumah...



via Instagram http://ift.tt/1iZaBCy

Bersama Ustaz Zul, Felixia Yeap dan Vik Lai Nayok di Surau Al Ittifaqiah

Alhamdulillah...
Semalam selepas Isyak telah sempat bersama dengan program Bicara Santai antara Ustaz Zul, Felixia Yeap dan juga Vik Lai Nayok...

Bicara Santai antara Ustaz Zul - Felixia Yeap - Vik Lai Nayok
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak Surau Al-Ittifaqiah, Taman Kajang Impian yang telah berani mengambil inisiatif ini membawa seorang wanita Cina yang bekerja sebagai seorang model antarabangsa yang berminat untuk mendalami Islam asbab tertarik dengan pakaian muslimah yang menutup aurat.

Baca maklumat lanjut tentang Felixia Yeap di
Vik Lai Nayok pula dibawa sendiri oleh Ustaz Zul sebagai satu lagi 'reference' bagaimana seorang bukan Islam dari Thailand telah berminat untuk mendalami Islam apabila bertemu pasangan yang merupakan manager beliau suatu waktu dahulu.

Moderator oleh ustaz yang tidak asing lagi, Ustaz Zul.

Secara peribadi, saya sebagai seorang yang berfikiran terbuka dan ingin mengetahui bagaimana seorang bukan Islam boleh tertarik dengan Islam amat suka dan menggalakkan aktiviti sedemikian.

Bagi saya, Islam itu adalah milik semua kaum dan bangsa dan merupakan rahmat untuk sekian alam.

Saya berhak untuk berkata demikian memandangkan aruah ibu mertua saya adalah bangsa Cina dan beragama Islam, sepupu saya juga telah berkahwin dengan pasangannya yang berbangsa India juga beragama Islam. Sekarang Alhamdulillah, ibu kepada sepupu India ini juga telah terbuka hati untuk belajar lebih lanjut tentang Islam dan telah pun kembali kepada Islam.

Untuk pengetahuan, rakan perniagaan saya juga ada yang bangsa Cina dan beliau pernah bertanya saya kenapa dia masuk pub / disco dan nampak ada orang Melayu yang minum arak? Beliau bertanya lagi, Melayu boleh minum arak tak?
Lantas saya terus beritahu kepadanya sekiranya beliau bertanya kepada saya adakah orang Melayu boleh minum arak, jawapannya adalah "Ya!" tapi kalau beliau bertanya sama ada Islam boleh minum arak, saya jawab "TIDAK" sebab arak adalam haram dalam Islam. Saya bagitahu kepada beliau lagi untuk tidak sesekali menyamakan Melayu dengan Islam.

Sebenarnya daripada pengalaman-pengalaman seperti ini lah yang buatkan saya betul-betul memahami bahawa Islam itu rahmat untuk semua manusia dan di Malaysia bila dikatakan seseorang itu Melayu maka belum tentu lagi dia juga adalah seorang Islam, apatah lagi sebagai Islam yang soleh.

Sebenarnya yang saya amat hormati dan kagumi pada malam tadi sebenarnya ialah suami Vik Lai Nayok, lalu sejurus selepas program selesai saya terus ucap tahniah kepada beliau kerana telah berjaya membawa kembali isterinya daripada bukan Islam kepada Islam.

Saya juga telah ambil kesempatan berjumpa suami Vik Lai Nayok ini untuk bertanya tentang kaedah yang betul untuk membawa rakan-rakan yang bukan Islam kepada Islam dan beliau telah sudi berkongsi beberapa tips dan panduan.

Saya juga telah mengambil kesempatan dalam Bicara Santai malam tadi untuk bertanya tentang apakah detik-detik yang buatkan seorang Cina untuk mengambil tindakan kembali kepada Islam.

Harapan saya dalam jangka masa panjang ialah supaya masyarakat di dalam Malaysia dapat membandingkan di antara agama dan bangsa, dapat faham bahawa Melayu itu tidak semestinya Islam (tahu tak kat Malaysia ni ada gereja untuk Melayu?)

Sebenarnya malam tadi ada live streaming, tapi kalau tak sempat maka boleh lah dengarkan rakaman di

Friday, June 20, 2014

Nak Makan Lipas Kereta

Nak makan LIPAS?
Iskkk....
Takde lah keje aku nak makan lipas dehhhh....
Tapi sebenarnya ini lah yang hampir2 terkena kat aku tatkala aku nak makan makanan yang aku tertinggal cuma beberapa minit je dalam kereta...
Al kisahnya sebelum ni wife aku dah beberapa kali bagitau dlm kereta tu ada banyak lipas dan kena cari jalan macam mana nak halau lipas tu daripada terus membiak... tapi mungkin aku tak nampak sangat lipas tu (pandai pulak lipas ni sembunyik time aku naik kete ni) so aku pun buat tak tau je lah... sehingga lah malam tadi time aku nak makan ayam goreng beli kat pasar malam tadi yg tertinggal dlm kete...

Masya Allah... Masya Allah....
Sebenarnya aku dah kunyah dah pun ayam goreng tu... nasib baik tak tertelan je lagi.... Haru betul lah!

So... ini lah dia pepatah otai2 (old timer) ada mengatakan "dah terhantuk baru nak tergadah".... aku lah tu... hehehe

So tanpa membuang masa aku pun minta wife aku dapatkan semula nama ubat halau lipas dalam kereta yg dia pernah bgtau kat aku dulu... cari punya cari.... dapat lah tau.... nama ubat tu ialah "Combat"...

Jom kita 'combat' lipas-lipas ni...
Antara blog yang aku rujuk masa nak cari Combat ni ialah:


  1. Petua Lama
  2. Petua Tradisional dan
  3. Fire Starting Automobile
Okay... dah jumpa.... cuma bila baca penerangan tu, semua bagitau kena hati-hati sebab nanti kena cari dan vacuum lipas-lipas yg dah mati dalam kereta ni... masalah jugak ni.... takut selesai masalah lain nanti datang pulak masalah lain... 

Sebenarnya ada beberapa petua lain lah selain daripada guna Combat ni... then aku fikir-fikir aku nak guna cara menghalau...

So aku pun try lah guna satu petua menghalau ni... katanya boleh cuba guna produk "Serai Wangi dari Affy Haniff" yang kebetulan dah ada kat rumah...
Serai Wangi Afy haniff
Boleh halau lipas...
Aku pilih kaedah Serai Wangi Afy haniff ni sebab dah kebetulan ada kat rumah dan ia tak beracun...
Puas dah spray dalam kereta malam tadi so nanti tengok lah macam mana berkesan atau tak...


Thursday, June 19, 2014

10 Ayat Pertama Surah Al Kahfi

Amalkan 10 ayat pertama ini untuk elak dari fitnah terutamanya daripada Dajjal laknatullah di ambang kiamat ini...

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا

Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.

وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا

Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".

مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".

Monday, June 16, 2014

Ini bukan cho-ba-annn....

Ini bukan lakonan.... Bukan cho-ba-an.... Ini butul2 berlaku.... Mereka menyanyi lagi "Lion King - Circle of Life" dalam kapalterbang sebelum berlepas.... Impromptu!  Awesome!


Elsa (Frozen) ??? (Video)

Nak dengar lagu2 Disney, then ntah macam mana boleh tersesat kat video ni...


Permulaannya agak kaku sikit tapi ending dia memang superb!

Dok godek2 video Frozen lagi terjumpa pulak video ni...


It's magic how an ordinary looking person boleh transform jadi sebijik macam Elsa dengan make-up!

Kalau anak pompuan aku si Sarah nampak ni mesti dia merengek nak jadi macam Elsa jugak ni... Hahahaha

Sunday, June 15, 2014

Masuk ni dah 2 kali Solehin hilangkan spek... Hope this is the last one... (posing ala² model spek pulak budak ni... hahaha)



via Instagram http://ift.tt/1vlJMQD

Main lah korang sepuas-puasnya utk hari last cuti sekolah ni... Esok dah sekolah dah...



via Instagram http://ift.tt/1mZeoRm

2nd time kat sini...



via Instagram http://ift.tt/TYq67N

Bersama jemaah mendengar tazkirah Subuh yg disampaikan oleh En. Adnan (Pengurus MagneticAura)



via Instagram http://ift.tt/1kBixcT

Perancangan dan Persediaan Menghadapi Ramadhan

Insya Allah dalam beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelma lagi membawa seribu rahmat, berkat dan maghfirah.

1 Ramadhan dalam tahun 2014M / 1435H ini dijangkakan akan jatuh pada tarikh 29 Jun, 2014. Hari ini 15hb Jun dan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi akan menghadapinya.

Ntah mengapa dan bagaimana tiba-tiba pula terasa macam Ramadhan kali ini berada sangat hampir dan macam esok je nak sambut Ramadhan.

Insya Allah untuk Ramadhan kali ini aku dah ada beberapa perancangan untuk aktiviti-aktiviti yang bakal dilalui. Seperti di tahun-tahun sebelumnya aku tak nak Ramadhan kali ini berlalu dengan sia-sia dan aku tak nak nanti dah nak habis Ramadhan baru nak menyesal sebab tak buat itu dan tak buat ini.

Insya Allah untuk aktiviti Ramadhan tahun ini aku berazam dan merancang untuk:

  • Tidak mahu ketinggalan solat Terawih dan kalau tertinggal nak solat di masjid maka aku akan usahakan untuk solat di rumah pula, yang penting aku mesti solat Terawih
  • Menyertai majlis tadarus di surau tempat aku tinggal di Surau Al Ittifaqiah ini, mudah-mudahan kali ini dapat menyertai majlis tadarus sehingga khatam.
  • Kalau boleh nak berbuka puasa pun di surau juga
  • Akan cuba cari kesempatan untuk beriktikaf di masjid / surau kalau boleh nak cari peluang beriktikaf di Masjid Sri Petaling berkumpul bersama orang-orang soleh di sana.

Di sini saya kongsikan satu artikel yang amat menarik untuk dijadikan panduan dan amalan sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak tak lama lagi... Mudah-mudahan...

Diriwayatkan Oleh Ibnu Huzaimah, Rasulullah memberikan nasihat menjelang
Ramadhan :

"Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan
membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi
Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya
adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam
yang paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan
oleh-NYA. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah,
amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah
Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu
untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.


Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung
ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di hari kiamat.

  • Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. 
  • Muliakanlah orang tuamu,
  • sayangilah yang muda, 
  • sambungkanlah tali persaudaraanmu, 
  • jaga lidahmu,
  • tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. 
  • Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.
  • Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba- Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu,
maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena
beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.

Ketahuilah! Allah ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa
Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak
akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan
Rabb al-alamin.

Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang
mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama
dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa
yang lalu. (Sahabat-sahabat lain bertanya: "Ya Rasulullah! Tidaklah
kami semua mampu berbuat demikian."

Rasulullah meneruskan: "Jagalah dirimu dari api neraka walaupun
hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya
dengan seteguk air."

Wahai manusia! 

  • Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. 
  • Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan- Nya di hari kiamat. 
  • Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. 
  • Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. 
  • Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
  • Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. 
  • Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. 
  • Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain. 
  • Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. 
  • Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! 

  • Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu.
  • Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. 
  • Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. 
Amirul mukminin k.w. berkata:
"Aku berdiri dan berkata: "Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?" 
Jawab Nabi: 
"Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".

Wahai manusia!
Sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkahan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu'."

"Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain."

"Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya surga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan (syahrul muwasah) dan bulan Allah memberikan rizqi kepada mukmin di dalamnya."

"Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang."

Para sahabat berkata, "Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. 
Maka bersabdalah Rasulullah saw, 
"Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu."

"Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) niscaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka."

"Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan;
dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan 
dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya. "

"Dua perkara yang pertama ialah 

  • mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan 
  • mohon ampun kepada-Nya . 

Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah 

  • mohon surga dan 
  • perlindungan dari neraka."


"Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga."

Sumber


Pembacaan lanjut:

  1. SALAH FAHAM TERHADAP IBN KHUZAIMAH DAN BUKUNYA ‘SAHIH IBN KHUZAIMAH’
  2. Nasihat Rasulullah Menjelang Ramadhan
  3. Persediaan Menghadapi Ramadhan

Saturday, June 14, 2014

Tukar Rumi kepada Jawi dengan eJawi

Saya sarankan para pembaca untuk menggunakan eJawi sekiranya perlu tukar rumi kepada jawi eJawi boleh diakses di http://www.ejawi.net/converterV2.php?go=rumi


Puasa itu Menyihatkan

(Copy paste dari group Whatsapp)

Kuliah puasa dr sudut kesihatan. Oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)

Tajuk ' Ramadhan Pesta. Makanan.....Jom Ubah ke Pesta Ibadah '

-Zaman kegemilangan Islam, puasa adlh kemuncak kekuatan. Bln Ramadhan adlh pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku spt perang Badar, dn berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat
- Kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adlh pesta makanan
-Ramadhan adlh bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adlh kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sbb buka puasa bkn utk perut tetapi utk beri tenaga kpd hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari akn tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
-makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......

4. Slps solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jgn lbh lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air

5. Slps mkn mlm, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jgn pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan x basah.

5. Slps mandi, sblm pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lps tu sembahyang terawik solat dengan perlahan dan santai. Jgn cari yg gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Mkn lps pkl 10.30 adlh kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sdh cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adlh tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan blh menjadi pegangan kita seterusnya

8. Slps itu sebaiknya tidur sblm pkl 12 mlm utk kerehatan. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda

9. Slps itu bangun pkl 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. Xde masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Slps qiam, blh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik2 sahur adlh seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dan baru campur garam

11. Slps sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur slps subuh krn gangguan kpd hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi, mariami

Puasa adlh detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lbh dr 8 jam

Sblm sampai Ramadhan, berazam utk berlatih utk tingkatkan ibadah dgn latihan pra Ramadhan

Bersama Ustaz Yaidi dalam tazkirah Subuh tajuk "Ihsan"...



via Instagram http://ift.tt/1onLpgM

Friday, June 13, 2014

Harammmm!!!!

Umat Islam di Malaysia cukup sensitif bila dapat tahu ada DNA babi dalam coklat Cadbury sebab mereka sebenarnya amat suka makan coklat Cadbury tapi sekarang dah tak boleh makan sebab kandungan DNA yang ada dalam coklat tu haram dimakan (walau pun ada percanggahan pendapat di antara sesetengah ulama)

Cuma saya agak keliru dengan tindakan umat Islam di Malaysia terhadap beberapa perkara lain yang memang jelas haram tapi mereka tak bising pula...


Berapa ramai orang Islam yang merokok secara terang-terangan?

Wednesday, June 11, 2014

Tidak ada yang pasti...


Hidup ini jangan terlalu TEGAR ("rigid" kalau ikut bahasa omputeh...)

Hidup ini adalah sesuatu yang DINAMIK... tidak ada suatu perkara pun yang pasti dalam hidup ini... Yang pasti hanya lah MATI...

Hari ini kita sihat, esok lusa belum tentu kita sihat lagi... jadi bila dah sakit kena lah bertindak cara orang sakit...

Hari ini kita ada duit, esok lusa belum tentu kita mungkin terpaksa berhutangpula.. jadi jangan lah pula ikut perancangan masa kita kaya... pasti lah bila dah banyak hutang maka banyak lah pula kekangannya...

Hari ini mungkin kita duduk di jawatan tinggi dalam syarikat, esok lusa mungkin kita akan kehilangan pekerjaan kita... mungkin tiba2 saham syarikat tempat kita merundum atau bisnes syarikat rugi atau syarikat buat outsourcing dan pekerja terpaksa diberhentikan bila sampai masanya...

Hari ini kita ada nyawa, esok lusa kita AKAN mati... dah mati nak buat macam mana?

Tidak semestinya kalau kita dah rancang utk jadi "A" dan akhirnya akan jadi "A" jugak... atau dah rancang sekian lama untuk "B" dan MESTI buat "B" juga...
kita bukan tuhan nak menentukan pengakhiran sesuatu perkara... Dan tak salah kalau dah rancang untuk buat "A" tapi pelaksanaannya kita buat "B" tapi akhirnya jadi "C"....

Kita tak tau mati kita bagaimana dan bila serta kat mana... Yang kita pasti suatu hari nanti PASTI kita akan mati...

Dan yang paling utama... USAHA mesti berterusan dan sekiranya dah puas berusaha tapi masih tak nampak hasilnya juga anggaplah itu takdir yang Allah telah tentukan....

Tuesday, June 10, 2014

GST In Malaysia Explained

GST In Malaysia Explained

In Malaysia’s Budget 2014 speech, the implementation of Goods and Service Tax (GST) was perhaps the hottest topic. To be introduced in April 2015, it will replace Malaysia’s Sales tax (10%) and Service tax (6%). Under GST, most of the goods and services (except basic necessities) will be charged a tax rate of 6% at every stage of the supply chain. The question now on everyone’s mind – How will life be after GST?

To identify the most likely effects, we must first understand the different implementations of GST and their mechanisms.

Types of GST

There will be three different categories of goods & services under the GST scheme in Malaysia. They are:

I. Standard-Rated GST

Goods and services in this category will be charged a tax rate of 6% at every stage of the supply chain. The tax is billed and collected by businesses and paid to the government. Every party except the final consumer can claim back credits on the GST they already paid (known as input tax). Examples of the goods in this category are cloth, car and fruits. The following diagram shows how Standard-Rated GST works:



II.Zero-Rated GST

Goods and services in this category will be charged a GST rate of 0%. This means that GST is not charged to the final consumer. But businesses CAN claim back credits on their input tax. Examples of goods in this category are basic food item (meats, fish and cooking oil) and first 200 unit of electricity per month. The following diagram shows how zero-rated GST works, assuming the final product is zero-rated but the raw materials are standard rated:



III.Exempt-Rated GST

Goods and services that fall in this category will be non-taxable and are not subject to GST at the output stage. This means that GST is not charged to the final consumer. But it also means that businesses, particularly the final party in the supply chain (before the final consumer) CANNOT claim back credits on their input tax even if they might have incurred it earlier on. Examples of goods in this category are residential property and health care services. The following diagram will give a clearer picture on how Exempt-Rated GST works:



Conclusion

GST is a progressive tax regime that will supplant the Sales Tax and Service Tax in Malaysia in the near future. Understanding its mechanisms will help us to better gauge its potential impact on our lives and prepare for it.

- See more at: http://loanstreet.com.my/learning-centre/gst-in-malaysia-explained#sthash.uAQQ0OVl.dpuf

Monday, June 9, 2014

Chrome Extension yang disarankan setakat 08/06/2014

Di sini saya sarankan beberapa Chrome Extension yang saya selalu gunakan dan saya fikirkan bagus dan boleh disarankan.

Tak bermakna Chrome Extension yang tersenarai kat sini adalah yang terbaik tapi setakat ini saya dapati extension ini bagus terutama untuk kegunaan saya secara peribadi mahu pun untuk perniagaan.


Pushbullet
Extension

  • Saya gunakan Pushbullet untuk share fail, nota, gambar, link, maklumat, media di antara PC - Android
  • Pushbullet ni juga boleh digunakan untuk perkongsian di antara beberapa devices dan di antara pengguna yg lain tapi buat masa ni saya hanya guna di antara laptop dan Android saya sahaja

Klik SINI untuk install Pushbullet


TelegramApplication

  • Gunakan extension ini untuk berkomunikasi melalui Telegram dalam Chrome.
  • Jangan risau, anda tak akan auto logout dari Telegram dalam smartphone untuk menggunakan Telegram dalam Chrome ini.
  • Mesej dalam Chrome dan dalam smartphone akan di'synchronize' secara automati

Klik SINI untuk install Telegram


MultiLogin
Extension
  • Saya ada banyak ID account untuk Google dan setiap account ada peranan dan fungsi masing-masing dan unik; jadi saya perlukan MultiLogin sekiranya ada keperluan untuk menggunakan akaun-akaun yang lain secara serentak dalam satu sesi.
  • Contoh: Saya masuk dalam YouTube menggunakan akaun "A" yang lebih bersifat peribadi dan tiba2 saya ada nak kena buat kerja berkaitan perniagaan saya dalam YouTube maka saya akan gunakan MultiLogin untuk buka satu tab lain dalam satu sesi Chrome yang sama.


Wisestamp
Extension
  • Saya gunakan Wisestamp untuk memudahkan saya letak signature setiap kali menghantar email kepada pelanggan atau yang bersifat peribadi.
  • Dengan Wisestamp saya boleh pilih nak gunakan signature yang mana satu, kalau utk peribadi saya akan gunakan signature peribadi dan kalau untuk pelanggan maka saya akan gunakan signature untuk pelanggan
  • Memang dalam email account biasanya ada setting untuk letak signature, kekurangannya ialah signature tu hanya ada 1 pilihan sahaja.


MightyText
Extension

  • MightyText sangat membantu pada masa-masa yang saya sangat sibuk sehingga tak sempat nak tengok phone kerana MightyText akan memberitahu kepada saya sekiranya ada sesiapa yang hantar SMS atau hubungi saya.
  • Bukan sahaja saya tahu kalau ada orang SMS atau hubungi saya malah saya boleh baca terus isi kandungan SMS tersebut.
  • MightyText juga akan simpan SMS saya dalam server supaya saya boleh rujuk semula di masa akan datang (mungkin untuk tempoh masa tertentu sahaja atau jarak tempoh tertentu sahaja, tak sempat check, namun dah cukup bagus untuk saya jadikan rujukan tanpa perlu tengok smartphone)

Klik SINI untuk install MightyText


Incognito This!
Extension

  • Saya gunakan Incognito This! sekiranya masuk ke dalam website yang saya perlukan privasi seperti masuk ke dalam sistem online banking
  • Sebelum saya jumpa extension MultiLogin, saya gunakan Incognito This! sekiranya saya perlu gunakan ID lain untuk aplikasi Google yang lain2 dalam satu sesi.
  • Sekarang pengguna boleh masukkan 'keyword' tertentu dalam Incognito This! supaya tab atau window Chrome tersebut masuk terus ke dalam mode privasi bila sampai ke URL yang mengandungi keyword tersebut.
    Contoh: saya masukkan keyword "Maybank2U" dalam Incognito This! dan bila saya masuk website Maybank2U di http://www.maybank2u.com.my yang  ada perkataan "Maybank2U' maka automatik tab tersebut akan jadi privasi.


Google Publisher Toolbar
Extension
  • Saya gunakan Google Publisher Toolbar untuk memantau Google AdSense.
  • Bila guna Google Publisher Toolbar maka saya tak perlu lagi masuk dalam website Google AdSense untuk pantau pergerakan AdSense saya.



Any.do
Application

  • Saya menggunakan Any.do sebagai task management atau GTD (Get Things Done) dalam smartphone dan bila ada Chrome extension ni saya tak perlu check phone lagi.


Checker Plus for Gmail™
Extension
  • Dengan Checker Plus for Gmail™ saya tak perlu masuk Gmail setiap kali nak check email sebab saya boleh dapat notification dari desktop


Checker Plus for Google Calendar™
Extension
  • Dengan Checker Plus for Google Calendar™ saya tak perlu masuk Google Calendar setiap kali nak check kalendar sebab saya boleh dapat notification dari desktop

Sebenarnya ada lagi beberapa extension lain yang saya sedang cuba dan extension yang saya senaraikan dalam sini tak semestinya yang terbaik. Mungkin ada yang lebih baik. Kalau ada yang lebih baik nanti sudi-sudikan lah kongsikan dalam ruangan komen di bawah ye?