AdSense ssufian

Monday, June 9, 2014

Chrome Extension yang disarankan setakat 08/06/2014

Di sini saya sarankan beberapa Chrome Extension yang saya selalu gunakan dan saya fikirkan bagus dan boleh disarankan.

Tak bermakna Chrome Extension yang tersenarai kat sini adalah yang terbaik tapi setakat ini saya dapati extension ini bagus terutama untuk kegunaan saya secara peribadi mahu pun untuk perniagaan.


Pushbullet
Extension

  • Saya gunakan Pushbullet untuk share fail, nota, gambar, link, maklumat, media di antara PC - Android
  • Pushbullet ni juga boleh digunakan untuk perkongsian di antara beberapa devices dan di antara pengguna yg lain tapi buat masa ni saya hanya guna di antara laptop dan Android saya sahaja

Klik SINI untuk install Pushbullet


TelegramApplication

  • Gunakan extension ini untuk berkomunikasi melalui Telegram dalam Chrome.
  • Jangan risau, anda tak akan auto logout dari Telegram dalam smartphone untuk menggunakan Telegram dalam Chrome ini.
  • Mesej dalam Chrome dan dalam smartphone akan di'synchronize' secara automati

Klik SINI untuk install Telegram


MultiLogin
Extension
  • Saya ada banyak ID account untuk Google dan setiap account ada peranan dan fungsi masing-masing dan unik; jadi saya perlukan MultiLogin sekiranya ada keperluan untuk menggunakan akaun-akaun yang lain secara serentak dalam satu sesi.
  • Contoh: Saya masuk dalam YouTube menggunakan akaun "A" yang lebih bersifat peribadi dan tiba2 saya ada nak kena buat kerja berkaitan perniagaan saya dalam YouTube maka saya akan gunakan MultiLogin untuk buka satu tab lain dalam satu sesi Chrome yang sama.


Wisestamp
Extension
  • Saya gunakan Wisestamp untuk memudahkan saya letak signature setiap kali menghantar email kepada pelanggan atau yang bersifat peribadi.
  • Dengan Wisestamp saya boleh pilih nak gunakan signature yang mana satu, kalau utk peribadi saya akan gunakan signature peribadi dan kalau untuk pelanggan maka saya akan gunakan signature untuk pelanggan
  • Memang dalam email account biasanya ada setting untuk letak signature, kekurangannya ialah signature tu hanya ada 1 pilihan sahaja.


MightyText
Extension

  • MightyText sangat membantu pada masa-masa yang saya sangat sibuk sehingga tak sempat nak tengok phone kerana MightyText akan memberitahu kepada saya sekiranya ada sesiapa yang hantar SMS atau hubungi saya.
  • Bukan sahaja saya tahu kalau ada orang SMS atau hubungi saya malah saya boleh baca terus isi kandungan SMS tersebut.
  • MightyText juga akan simpan SMS saya dalam server supaya saya boleh rujuk semula di masa akan datang (mungkin untuk tempoh masa tertentu sahaja atau jarak tempoh tertentu sahaja, tak sempat check, namun dah cukup bagus untuk saya jadikan rujukan tanpa perlu tengok smartphone)

Klik SINI untuk install MightyText


Incognito This!
Extension

  • Saya gunakan Incognito This! sekiranya masuk ke dalam website yang saya perlukan privasi seperti masuk ke dalam sistem online banking
  • Sebelum saya jumpa extension MultiLogin, saya gunakan Incognito This! sekiranya saya perlu gunakan ID lain untuk aplikasi Google yang lain2 dalam satu sesi.
  • Sekarang pengguna boleh masukkan 'keyword' tertentu dalam Incognito This! supaya tab atau window Chrome tersebut masuk terus ke dalam mode privasi bila sampai ke URL yang mengandungi keyword tersebut.
    Contoh: saya masukkan keyword "Maybank2U" dalam Incognito This! dan bila saya masuk website Maybank2U di http://www.maybank2u.com.my yang  ada perkataan "Maybank2U' maka automatik tab tersebut akan jadi privasi.


Google Publisher Toolbar
Extension
  • Saya gunakan Google Publisher Toolbar untuk memantau Google AdSense.
  • Bila guna Google Publisher Toolbar maka saya tak perlu lagi masuk dalam website Google AdSense untuk pantau pergerakan AdSense saya.



Any.do
Application

  • Saya menggunakan Any.do sebagai task management atau GTD (Get Things Done) dalam smartphone dan bila ada Chrome extension ni saya tak perlu check phone lagi.


Checker Plus for Gmail™
Extension
  • Dengan Checker Plus for Gmail™ saya tak perlu masuk Gmail setiap kali nak check email sebab saya boleh dapat notification dari desktop


Checker Plus for Google Calendar™
Extension
  • Dengan Checker Plus for Google Calendar™ saya tak perlu masuk Google Calendar setiap kali nak check kalendar sebab saya boleh dapat notification dari desktop

Sebenarnya ada lagi beberapa extension lain yang saya sedang cuba dan extension yang saya senaraikan dalam sini tak semestinya yang terbaik. Mungkin ada yang lebih baik. Kalau ada yang lebih baik nanti sudi-sudikan lah kongsikan dalam ruangan komen di bawah ye?

No comments:

Post a Comment