AdSense ssufian

Friday, July 18, 2014

GEMPAR! Malaysia Airlines (MH17) Terhempas Lagi

DCA terima laporan dari Ukraine
SHAH ALAM - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan menerima laporan awal daripada pihak Ukraine sekitar jam 10.45 malam tadi.
Sumber dalaman DCA berkata, laporan awal memberitahu pesawat berkenaan hilang dari radar sebelum diberitakan terhempas.i
"Buat masa ini, hanya itu yang dimaklumkan, punca sebenar masih belum diperolehi," kata sumber berkenaan kepada Sinar Harian, sebentar tadi.
Pesawat MAS MH17 itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi ini selepas berlepas dari Ukraine.
Pesawat Boeing 777 itu membawa 295 penumpang termasuk 15 anak kapal dan 17 kanak-kanak.

Tweeter dari Malaysia Airlines System (MAS)
Senarai penumpang dan  anak kapal termasuk pilot
Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine
KIEV - UKRAINE. Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 295 penumpang didakwa ditembak ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di sempadan timur Ukraine, malam tadi (waktu tempatan).
Agensi berita Rusia Interfax-Ukraine melaporkan Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Herashchenko sebagai berkata, seramai 280 penumpang dan 15 kru maut dalam kejadian itu.
Sementara itu, menurut twitter MAS, pesawat berkenaan terputus hubungan ketika berada di ruang udara Ukraine.
Laporan AFP pula mengatakan pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak dari darat berhampiran bandar Shaktarsk dalam wilayah pemberontakan Donetsk.
“Pesawat itu hilang daripada radar pada ketinggian 10,000 meter,” kata laporan itu.
Laporan turut memetik, kejadian mempunyai kaitan dengan pemberontak dan krisis politik di negara itu.
Berita itu disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selepas menerima laporan dari Ukraine.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam twitter jam 12.06 minit malam tadi berkata:“Saya terkejut dengan laporan sebuah kapal MH terhempas. Kami melancarkan siasatan serta-merta.”
Reuters melaporkan, wakilnya di kawasan itu mengesahkan melihat serpihan MH17 dan mayat.



No comments:

Post a Comment