AdSense ssufian

Sunday, June 22, 2014

Bersama Ustaz Zul, Felixia Yeap dan Vik Lai Nayok di Surau Al Ittifaqiah

Alhamdulillah...
Semalam selepas Isyak telah sempat bersama dengan program Bicara Santai antara Ustaz Zul, Felixia Yeap dan juga Vik Lai Nayok...

Bicara Santai antara Ustaz Zul - Felixia Yeap - Vik Lai Nayok
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak Surau Al-Ittifaqiah, Taman Kajang Impian yang telah berani mengambil inisiatif ini membawa seorang wanita Cina yang bekerja sebagai seorang model antarabangsa yang berminat untuk mendalami Islam asbab tertarik dengan pakaian muslimah yang menutup aurat.

Baca maklumat lanjut tentang Felixia Yeap di
Vik Lai Nayok pula dibawa sendiri oleh Ustaz Zul sebagai satu lagi 'reference' bagaimana seorang bukan Islam dari Thailand telah berminat untuk mendalami Islam apabila bertemu pasangan yang merupakan manager beliau suatu waktu dahulu.

Moderator oleh ustaz yang tidak asing lagi, Ustaz Zul.

Secara peribadi, saya sebagai seorang yang berfikiran terbuka dan ingin mengetahui bagaimana seorang bukan Islam boleh tertarik dengan Islam amat suka dan menggalakkan aktiviti sedemikian.

Bagi saya, Islam itu adalah milik semua kaum dan bangsa dan merupakan rahmat untuk sekian alam.

Saya berhak untuk berkata demikian memandangkan aruah ibu mertua saya adalah bangsa Cina dan beragama Islam, sepupu saya juga telah berkahwin dengan pasangannya yang berbangsa India juga beragama Islam. Sekarang Alhamdulillah, ibu kepada sepupu India ini juga telah terbuka hati untuk belajar lebih lanjut tentang Islam dan telah pun kembali kepada Islam.

Untuk pengetahuan, rakan perniagaan saya juga ada yang bangsa Cina dan beliau pernah bertanya saya kenapa dia masuk pub / disco dan nampak ada orang Melayu yang minum arak? Beliau bertanya lagi, Melayu boleh minum arak tak?
Lantas saya terus beritahu kepadanya sekiranya beliau bertanya kepada saya adakah orang Melayu boleh minum arak, jawapannya adalah "Ya!" tapi kalau beliau bertanya sama ada Islam boleh minum arak, saya jawab "TIDAK" sebab arak adalam haram dalam Islam. Saya bagitahu kepada beliau lagi untuk tidak sesekali menyamakan Melayu dengan Islam.

Sebenarnya daripada pengalaman-pengalaman seperti ini lah yang buatkan saya betul-betul memahami bahawa Islam itu rahmat untuk semua manusia dan di Malaysia bila dikatakan seseorang itu Melayu maka belum tentu lagi dia juga adalah seorang Islam, apatah lagi sebagai Islam yang soleh.

Sebenarnya yang saya amat hormati dan kagumi pada malam tadi sebenarnya ialah suami Vik Lai Nayok, lalu sejurus selepas program selesai saya terus ucap tahniah kepada beliau kerana telah berjaya membawa kembali isterinya daripada bukan Islam kepada Islam.

Saya juga telah ambil kesempatan berjumpa suami Vik Lai Nayok ini untuk bertanya tentang kaedah yang betul untuk membawa rakan-rakan yang bukan Islam kepada Islam dan beliau telah sudi berkongsi beberapa tips dan panduan.

Saya juga telah mengambil kesempatan dalam Bicara Santai malam tadi untuk bertanya tentang apakah detik-detik yang buatkan seorang Cina untuk mengambil tindakan kembali kepada Islam.

Harapan saya dalam jangka masa panjang ialah supaya masyarakat di dalam Malaysia dapat membandingkan di antara agama dan bangsa, dapat faham bahawa Melayu itu tidak semestinya Islam (tahu tak kat Malaysia ni ada gereja untuk Melayu?)

Sebenarnya malam tadi ada live streaming, tapi kalau tak sempat maka boleh lah dengarkan rakaman di

No comments:

Post a Comment