AdSense ssufian

Thursday, July 23, 2015

Sekarang ni saya tengok dalam kebanyakan group2 Whatsapp ada jer manusia² ni yg menyemarakkan api perkauman... kalau dulu kita tengok puak² biru yg memperjuangkan politik Melayu je yg dok canang cerita perkauman tapi sekarang ni tak lagi.. mereka yg jadi ahli parti politik hijau yg memperjuangkan Islam pun turut sama terlibat... Saya fikir perkara² macam ni elok kita hindarkan sebab Nabi kita Muhammad Rasulullah S.A.W. pun tak suka kita jadi macam ni... dalam Islam tak ajar macam ni... dalam Quran pun tak ajar muslim utk membenci manusia yg lain kaum... Saya setuju kalau kita Melayu berlumba-lumba dengan kaum lain untuk maju ke hadapan dengan tidak membenci atau menjatuhkan kaum lain... kena fahami maksud berlumba-lumba dan bukan bersaing... Apa² hal pun kena ingat, satu jari tunjuk kat org lain, 4 jari lagi tunjuk diri sendiri... jadi sebelum kita dok tunjuk org lain tu fikir dulu apa kebaikan yg kita dah lakukan kepada kaum kita sendiri... dah cukup ke usaha kita utk ubah nasib kita sendiri sebelum kita kutuk kaum lain? Ingatlah... Allah sesekali tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah kaum itu berusaha mengubah nasib mereka sendiri... Mesej ini saya bukan setakat tujukan kepada org² Melayu sahaja bahkan kepada semua Muslim tak kira dia kaum apa sekali pun dan dari negara mana sekali pun... Cina, India termasuk lah Iban, Kadazan, Arab, Monggolia, Kazakhstan... semua Muslimin dan Muslimat...


via Instagram http://ift.tt/1VwDOtY