Seorang usahawan sering berperang dengan minda dan psychology dirinya sendiri.. seorang usahawan harus selalu positifkan diri walau bagaimana susah dan sukar sekali pun rintangan yang berada di hadapan...
Sebab tu lah kalau seseorang tu dah nekad nak menjadi seorang USAHAwan dia tak pandang sesuatu kesukaran, kepahitan, kesakitan, kepedihan, kerumitan tu sebagai suatu halangan tapi dia akan positifkan minda dia untuk melihat dari perspektif CABARAN.... utk berjaya PASTI akan ada cabaran... umpama mendaki gunung yg tinggi, berlayar di lautan ganas luas terbentang dalam bagi mencapai impian...
Sekiranya dah mengaduh tatkala kaki tercucuk duri tatkala mendaki, andai kata cemas melihat ombak tinggi melanda kapal di tengah lautan tatkala anggap sahaja itu sebagai asam garam bagi mereka seorang USAHAwan yang sedang berusaha mencapai impian...
Seorang USAHAwan akan terus mengheret kakinya yang sedang kesakitan mendaki gunung menuju puncak dan terus bersabar mengharung ombak di lautan menuju daratan impian... Faktor pendorong ini adalah HARAPAN... Sebagai seorang usahawan jangan sesekali kita putus berharap... Pastinya sebagai seorang muslim harapan agong adalah kepada tuhan... Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....
Namun dalam masa yang sama seorang USAHAwan harus pertimbangkan untung rugi dalam tindakan... Ini lah yang dinamakan PERANCANGAN, kadang2 dalam merancang perlu kepada ujian... ada kalanya perkara yang telah lama dirancang masih tidak berjaya dijalankan... setelah ujian demi ujian dijalankan masih lagi tidak berjalan... kenapa? Bila terjadi macam ni perlu kembali kepada Islam... Biasa kita dengar "Manusia merancang Allah menentukan" kan?
Jadi perlu juga diingat bahawa sebagai manusia kita tak dapat melihat dengan pasti apa yang berada di masa akan datang... Hidup ini penuh tidak ketentuan... Ia bersifat dinamik dan bukan "rigid".... Lebih-lagi bila ada Allah Pemilik Sekalian Alam.... Jangan sesekali dalam merancang kita yakin sepenuhnya ia akan menjadi seperti yang dirancangkan.... Perlu ada sedikit toleransi dengan kuasa tuhan...
Last but not least... Apa sahaja yang kita lakukan... Apa sahaja yang kita rancangkan... kena kembali kepada hakikat ketuhanan dan kehambaan... Kita hanya mampu merancang... Kita merancang dan dalam masa yang sama Allah juga telah lama merancang sebelum kita diciptakan lagi... dan akhirnya nanti Dia akan tentukan bagaimana, apa, di mana seperti apa yang Dia kehendakkan... Apa pun yang Dia tetapkan kena yakin ia adalah untuk kebaikan kita dan bukan sebaliknya... Dia telah ciptakan kita.... Secara fikiran akal kita yang terbatas ini... takkan yang pencipta nak menghancurkan ciptaan-Nya tanpa sebab yang tak masuk akal... Dia tak bodoh seperti itu... Pastinya Dia nak ciptaan-Nya berakhir dengan kebaikan... Tapi dalam masa yang sama Allah beri kita akal fikiran untuk kita berfikir dan memberi kita peluang untuk bertindak dalam membuat sebarang tindakan sehingga Allah berfirman yang Dia tak akan ubah nasib seseorang sehingga seseorang itu mengubah nasib dirinya sendiri...
Wallahualam....
p/s: sekadar pandangan seorang usahawan kerdil yang masih banyak kena belajar dan berusaha mencapai impian dan sentiasa mengharapkan keberkatan dan keredhoan dari tuhan...
No comments:
Post a Comment