AdSense ssufian

Wednesday, September 9, 2015

Sebelum ni saya ada kongsikan 1 tip murah rezeki dengan jalan bersedekah yg digunakan oleh sesetengah org yg memasukkan note duit yg paling tinggi yg dia ada dlm dompet di dalam tabung masjid... mungkin cara tu agak ekstrim pada sesetengah orang dan susah nak ikut... Ini ada satu lagi tip murah rezeki dgn jalan sedekah... Ia lebih bersifat sederhana dan harapnya lebih mudah lah untuk kita sama² ikut... Apa kata lepas ni setiap kali dapat duit sama ada duit gaji atau pun duit komisyen untuk yg bekerja sendiri kita peruntukkan 1% sahaja daripadanya untuk sedekah... 1% ni kita masukkan dalam satu tabung khas... tak kisah lah nak bagi nama apa pun kat tabung tu... Tabung Infaq ke... Tabung Amal ke... Tabung Sedekah ke... itu sekadar nama je... tak penting... yg penting ialah kita mesti ada tabung khas untuk bersedekah... Maksudnya... Kalau kita dapat RM10 kita, asingkan 10 sen (1%) awal² lagi ke dalam Tabung Amal / Infaq / Sedekah... Dapat RM100, asingkan RM1... Dapat RM1,000, asingkan RM10... Dapat RM10,000 asingkan RM100... dan seterusnya... Idea asasnya ialah, anda mesti bersedekah secara berterusan dan istiqomah... Tetapkan satu peratusan tertentu setiap kali anda dapat income untuk dikongsikan dengan orang yg lebih memerlukan... Dalam pepatah English ada menyebutkan "The More You GIVE, The MORE You Get" Dalam Islam pula Allah ada berfirman dalam surah Al Baqarah> Ayat 261 Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. #infaq #sedekah #kewangan #financial #financialfreedom #bebaskewangan #hutang #EPP #ezpayment #ezpayment2u


via Instagram http://ift.tt/1JTZVVf

No comments:

Post a Comment