AdSense ssufian

Saturday, May 3, 2014

Kekurangan Facebook

Facebook memang bagus untuk dapatkan trafik yang tinggi disebabkan penggunanya yang ramai dan publisiti meluas terhadap penggunaannya sebagai "social network" a.k.a. "social marketing"...

Satu kelemahan yang ada pada Facebook ialah posting yang yang amat berharga dari segi ilmu sama ada yang kita dapat dari news feed atau yang kita kongsikan dalam wall kita akan semakin "hanyut" dengan peredaran masa.

Melihat kepada kekurangan dan kelemahan pengurusan maklumat yang tidak berstruktur ini maka saya mengambil inisiatif untuk mengumpulkan maklumat2 tersebut dari Facebook saya di https://www.facebook.com/ssufian ke dalam blog - "Bersama Sophy Sufian" di sini.

In Shaa Allah di dalam blog ini saya akan kongsikan ilmu yang ada pada saya sama ada dari sudut pandang agama mahu pun teknologi. Saya juga akan kongsikan pengalaman saya serba sedikit dalam bidang keusahawanan secara BERSTRUKTUR dan TERSUSUN di dalam kategori masing-masing.

Beberapa follower saya suka dengan inisiatif yang saya ambil ini untuk memudahkan mereka rujuk semula maklumat-maklumat yang saya telah kongsikan di dalam Facebook sebelum ini.

Jadi jika anda juga fikir usaha saya ini berbaloi dan menggalakkan maka anda boleh lah pula kongsikan blog saya ini kepada rakan-rakan yang lain (sebab saya lihat ramai juga friend list saya yang recommend profile saya kepada rakan2 mereka yg lain).

Buat masa ini blog ini masih belum sempurna sepenuhnya lagi dan usaha akan dilakukan dari semasa ke semasa supaya mereka yang mengikuti blog ini akan terus tetap setia.

Mungkin rakan-rakan di sini yang boleh berikan komen ikhlas dan pandangan mereka atau apa2 cadangan yang saya perlu lakukan untuk berikan yang terbaik dalam blog ini. Segala pandangan, komen ikhlas dan cadangan yang anda berikan adalah amat digalakkan serta dihargai.



No comments:

Post a Comment