AdSense ssufian

Thursday, October 16, 2014

Antara Harapan dan Sesalan Seorang Ayah

Bila sebut sahaja "Anak-ku Sazali" pasti kita semua teringat kisah antara seorang ayah dengan anaknya yang amat disayanginya bahkan sebenarnya terlebih sayang sehingga menurut sahaja segala kemahuan apa sahaja yang diminta oleh anak kepada bapanya.



Semua orang sayangkan anak, cuma pepatah melayu ada menyatakan... sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan... yang bermaksud anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akan menjadi sombong (maksud pepatah ni 'Pakcik Google' yang bagitau)

Lihat sahaja bagaimana kasihnya seorang ayah terhadap anaknya di dalam video ini... hayati liriknya yang penuh pengharapan seorang ayah terhadap anaknya...


Namun harapan tinggal harapan apabila telah dewasa anak-ku Sazali yang terlebih dimanjakan dan akibat salah didikan seperti video ini...

Dialog antara ayah dan anaknya berbunyi begini:

Sazali
"Sekarang sudah pukul 2, mengapa bapak masih belum tidur lagii !!!’
Ayah Sazali:
” Sebab aku menunggu kau pulang.. Betulkah kau tak mahu berkahwin dengan Rokiah ???”
Sazali:
‘Betul Pak, bapak tau apa yang telah terjadi pada Rokiah?? Sazali tak mahu menjadi pak sanggup. Anak yang Rokiah kandung sekarang bukannya anak Sazali’
Ayah Sazali:
“Berani kau berkata begitu.. anak kurang ajarr !!! Inikah balasan yang aku dapat, setelah aku didik kau dengan penuh kasih mesra..”
“Inikah hasil yang aku dapat, setelah aku memberi kau segala kepuasan dan kebebasan hidup.., Anak yang tak tau malu..Kau cemarkan nama Rokiah ya !, nama anak Pak Longmu sendiri..”
“Sazali…lebih baik kau tarik balik segala kata-katamu, sebelum perkara yang tak diingini berlaku… sebelum aku mengusir kau keluar dari rumah ini..”
“kau tarik balik Sazaliii ..”  diiringi dengan penampar yang hinggap ke muka Sazali.
“aku belum puas Sazali…belum puas…” lalu mengambil tongkat untuk memukul Sazali..
Sazali:
“Berhenti… Jikalau 10 tahun dahulu bapak melakukan sedemikian, barangkali Sazali boleh jadi baik sekarang..”
“Tapi sekarang sudah terlambat…sudah lambat pak !!”
“Bapak yang bersalah dalam soal ini, bapak membesarkan Sazali dengan secara membabi buta saja, segala apa kemahuan Sazali bapak tunaikan..sagala apa hajat Sazali, bapak sempurnakan, sehingga Sazali pandai cakap bohong sama bapak…sehingga Sazali menipu bapak.. menipu untuk kepentingan diri.. “
“tetapi bapak hanya…’Anakku Sazali’.. bapak yang bertanggungjawab atas segala kelakuan buruk dan baik Sazali..”


Aduhhh.... sakitnya hati kan? Boleh sakit jantung rasanya bila anak yang kita sayangi, yang kita belai, yang kita usap kepalanya setiap pagi dan malam tiba-tiba jadi macam ni kan? Tapi nak buat macam mana... silap sendiri jugak yang salah mendidik anak... terlalu fikirkan dunia sampai tak fikir tentang akhirat... Tak salah nak sayang anak... nak belai anak... nak usap anak... tapi yang lebih penting kena juga beri didikan agama dan iman... jangan hanya fikir dunia je...

Sama-sama lah kita jadikan kisah ini sebagai iktibar dan tauladan dalam kita mendidik anak... 

1 comment:

  1. Yep... betul tu. Mencabar juga kita zaman sekarang mendidik anak2.

    ReplyDelete