AdSense ssufian

Friday, October 31, 2014

Shortnote Kuliah Ustaz Azhar Idrus - Dataran Ilmu, Kota Baru, Kelantan pagi tadi 31 Oktober, 2014

Assalamualaikum.. Shortnote Kuliah Dhuha Ustaz Azhar Idrus di Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan | Jumaat 31.10.2014

Tazkirah Khas

1. Tahniah kpd Negeri Kelantan krn berjaya buat program sebegini,program ilmu semudah ni, hanya tutup jalan sekejap lepas tu buat kuliah yg negeri lain xmampu buat krn nilai agama itu kita dahului.

2. Islam ni naik dgn hati, bukan naik dgn duit, xperlu buat bangunan, xperlu buat projek juta juta henye tutup jalan dan ajak org mari kuliah maka syiar islam terlaksana, yg xleh buat sbb roh islam xkuat dlm diri mereka, dang kata xmbuh buat mmg dok buat.

3. Sesiapa yg nak buat kerja Islam, jgn hera ke org, kalu kita hera jugok mmg dok jadi kije, jd kita mesti ade semangat utk bawak Islam, dan kita mesti tahu akan ade gerakan yg ingin menjatuhkan Islam.

4. Kalu kita mintak tok guru mengajar dlm talibesen sejam je sehari memang sampai kiamat dia dok bagi,kita bukan nk marah sgt kerajaan, tp "manroa minkum mungkaro" p'kara mungkar ni kita tegur kita tegah,kalu nk lagho boleh masuk tb, tb1 pusat jelir, tv2 gelek punggung tp kalu ulamak nk masuk mengajar dlm talibesen dok buleh pulok, inilah p'kara mungkar.

5. Kalu xmbuh buat org marah jangan buat kije agama, kalu nk suruh org marah buatlah keje agama, tgklah bila nk buat pondok, tahfiz, surau dokdang sebetor mari selalu leroba duk tanye lesen permit ape serbe, doh bumi ni kan milik Allah, nk buat rumoh Allah nk lesen permit wak nape lagi? Kalau mari nk tolong cek pelan ok ke dok, kalu dok ok nk buat pelan baru, tu baru betul, ning gok kire nk rombok selalu sedak gamok mung.

6. Nabi saw kata sentiasa ade umatku yg menegakkan kebenaran smpai bila bila, maroh lagu mana pun islam tetap akan ade yg menegakkannya, yg terbaru kita tgk gereja dibeli oleh umat Islam di UK yg telah diistihar masjid, hebat Islam di Eropah skrg. Tidak akan ade umat yg bhenti utk buat kerja agama.

7. Org yg jenis dlm agama ni ade 3, dpt hidayah dpt taufik, dia nmpk kekuatan dan boleh pergi majlis itu,golongan kedua dia dpt hidayah tp xdpt taufik, dia tahu program agama tu baik tp dia xpergi, xdok kekuatan utk pergi, golongan ketiga dia xdpt hidayah dan xdpt taufik dia xleh tgk org buat pgrm agama, benci majlis ilmu pasal ape jd gtu pasal hati dia sakit, dok sihat.

8. Ning buat program agama di KB ni ade org dok wahi, leni ade golongan yg sentiasa utk mengajak org benci kpd alim ulamak, mareng dulu tok guru kene duduk dlm kandang salah, dimana kandang tu jugok tempat perogol disoal, tmpt peragut dibicara, tmpt perompok dicara dan tok guru kita yg mengajar berpuluh puluh tahun di Terengganu jugok diletak dlm kandang tu, aku parok ag kene, inilah akhir zaman Islam kembali dagang, cakap mende betul org maroh lalu. Nung tgk hok pelawok dlm tb nung penuh mic, 70 utir mic, kita hok cakap betul ni mic b'karat ni sutir je.

9. Kita ni kene igt halangan2 yg ade didepan kita ni sikit sgt, zaman para Nabi dulu teruk lagi kene uji, Nabi Muhammad saw kene lontar baru bdarah dihalau lagi, Nabi Yusuf dipenjara, Nabi Zakaria kene gergaji atah kepala, sbb tu ujian yg paling besar ialah ada pada para nabi dan Rasul, kita ni kene luka skit tepik menolong doh.

10. Bila sebut hukum hok Allah suruh dia kata peseng lama, doh mung kata hok nabi suruh peseng lama bakpe mu g kapan jugok ayohmu mati? sepatutnye doksoh kapan lah kan nabi suruh kapan, mung ikat di tiang api la mayat ayoh mung tu.

Sesi Soal Jawab

1. Org laki wajib taat ke sape lepas kahwen?

- Kene ingat org puang sebelum kahwen, wajib taat kpd ibubapa dan selepas kahwen wajib taat kpd suami dan org laki pulok sebelum kawen wajib taat ibubapa dan lepas kahwen wajib taat jugok pd ibubapa.

2. Ade imam baca surah sejadah dia baca surah sejadah saja kedua dua rakaat, pernah ke Nabi buat begitu dan boleh ke buat mcm tu?

- Ulamak kata x wajib baca xde nas tertentu utk baca surah tp bile Nabi saw baca, maka ulamak kata afdhol baca ikut Nabi saw baca iaitu rakaat pertama subuh jumaat surah sajadah dan rakaat kedua surah al insan, afdhol sahaja.

3. Apa hukum tilik muka?

- Haram tilik menilik yg m'beritahu p'kara akan berlaku, mengarut belaka
, kalu tilik sbb nk buat bini ke tu lain, bile tilik mende ghoib ni jgn, tu pelawok belaka.

4. Hukum mengumpat ni ade tak yg x haram hukum mengumpatnya, bilamana tu?

- Cth mengumpat yg dimaafkan ialah utk mashlahat seperti suami yg derhaka perintah Allah lalu kita mengadu kpd pejabat agama akan keburukan dia maka diharuskan, atau kita nk mencegah kejahatan atas seseorg itu maka boleh kita bgtahu kpd org ramai akan kejahatan dia, atau org nk masuk minang anak jiran kita maka kita kenal laki tu mmg ketua perompok maka diharuskan kita memgumpat utk menyelamatkan anaknya dr bernikah dgn org jahat.

5. Kalu terlelap mase solat batal ke solat kita?

- Batal la jika punggung kita x tetap maka tido kita tu dlm keadaan m'batalkan wudhuk, maka solat batal lah.

6. Seorg laki laki ade bining, bila ditanya dia jawak aku dok nikoh lagi, adakah jatuh talak?

- Jawabnye dok jatuh talak lagi krn ia tak kuat, nikah ni ikatan yg kuat, akad bermakna ikat, ikatan yg kuat maka nk pisah pun kene kuat sbb pisah itu, kene lafaz yg soreh, terang2 dia lafaz cerai barulah jatuh talak, kalu kes tu kinayah, kinayah ni bukan diluar sahaja mesti sekali dgn niat, kalu dia kata gitu sambil niat dlm hati serentak barulah jatuh talak.

7. Mcm mana nak khitan anak perempuan?

- Khitan anak perempuan ni bukan b'kait dgn taharah sepertimana lelaki, khitan anak perempuan utk menundukkan nafsu dia, iaitu ditoreh sedikit di kemaluan utk menundukkan nafsu, sbb tu kita tgk org puang hok galok galok tu, dok khitan la tu.

8. Apa hukum berjihad di Syria?

- Bile sebut jihad ni dok kire la mane mane pun maka mung akan dpt ganjaran dr Allah, kene paham pengertian jihad ni, soalan dia ni sama soalan apa hukum menegakkan agama Islam di Syria maka kita sndiri boleh jawab doh, krn jihad ni dituntut dlm Islam, b'kenaan mujahideen kita tu, doakan sahaja mereka menang, jgn wak spekulasi rambang, tawaqquf dulu doakan mujahideen Islam menang disana. Sbb kita xtahu ape yg sebenarnya b'laku di sana.

9. Kenapa ust tidak dilahirkan dr kg geting?

- Biarlah dia nok tanya, mana aku tahu kerja Allah Taala, ni pun mujur lahir di Terengganu, kalu aku lahir di New York guana tahu.

10. Jenis ikan makan ikan ape hukum sy cincang ikan masih hidup utk bg makan pd ikan lain?

- Tidak haram pun kita siang ikan dlm keadaan hidup yg haramnye kita sengeleng cincang ikan tuk dilempar di darat.

11. Apa hukum dok pergi kenduri kahwen 5 tmpt sehari sbb dokdan duit, doh 5 buah rumah 50 ringgit, guane ni?

- Jawabnya dok wajib bg duit pun, tuan rumah pun jgn nok pitih org, buatlah makan ke org je, xperlu amik duit pun, jgn lapor duit org yg mari kenduri kita, kalau semata mata nk untung maka org ini dok dapat pahala beri makan pd org ramai yg dtg rumah dia.

12. Apa hukum pengantin perempuan pakai inai?

- Xdok mslh pakai inai tp haram ukir inai kerana ia dikira tatu, tatu ni dia bukan syarat kene kekal, tatu ni sesuatu yg dikira ukiran pd tubuh badan dlm bentuk tertentu.

Wallahua'lam.. semoga perkongsian ini bermanfaat, InsyaAllah..
Bahasa Terengganu hr ini :

1. Sengeleng - dengan sengaja
2. Leroba : Kereta Polis dulu2 (4 wheel drive)
3. Dok Wahi : Tak Suka
4. Talibesen : Televisyen
5. Lagho : perkara sia sia

Saturday, October 25, 2014

AWAS! Kolam renang Dataran Gemilang, Putrajaya merbahaya!

Utk makluman kolam renang dataran gemilang(dekat Picc putrajaya) tidak boleh digunakan serta merta disyaki terkena virus kencing tikus...

Sila war2 kab kpd kenalan anda yg selalu membawa anak ke lokasi tersebut..

Friday, October 24, 2014

Selamat Tahun Baru Awal Muharram 1436H

1 Muharram 1436H Tiba!

بسم الله الرحن الرحيم
Muharram tiba lagi, tahun silih berganti dengan cepatnya, kita semakin menghampiri kiamat 🌋.

Sudah bersediakah
kita dengan bekalan amalan?

Dalam persediaan itu jangan pula kita tersalah jalan tersasar dari yang sahih sehingga merugikan...
Ramai daripada kalangan masyrakat yang bertanya:❓  
Benarkah sebaran mengenai catatan amalan ditutup pada akhir tahun, dibuka pada awal Muharram? Dan benarkah ganjaran orang memperingatkan tentang Muharram?
☀☀☀
Ada beberapa perkara yang agak keliru dikaitkan dengan bulan Muharram.

Antaranya, 🐪 hijrah Rasulullah saw dikatakan berlaku pada 1 Muharram, 👓membaca doa awal tahun dan buku  catatan amalan ditutup dan dibuka yang baru.

➡HIJRAH:
Hijrah Rasulullah saw ke Madinah bermula pada bulan Safar. Manakala sahabat2 lain ramai yang berhijrah beberapa bulan sebelum Baginda. Baginda sampai di Madinah pada bulan Rabi'ul Awwal. (Lihat al-Rahiqal-Makhtum, kitab sirah karangan Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri) Bukan bulan Muharram.

🌕Muharram adalah bulan pertama dari 12 bulan dalam perkiraan orang-orang Arab sejak zaman jahiliyyah. Namun mereka tidak ada sistem tahun seperti sekarang. Maka khalifah Umar al-Khattab ra memutuskan, selepas perbincangan dengan para sahabat yang lain, perkiraan tahun bagi umat Islam ialah bermula pada tahun hijrah Rasulullah saw. Pada tahun Rasulullah berhijrah itu, Baginda berhijrah dari tempoh bulan Safar hingga Rabiul Awwal, bukan dalam 1 Muharram.

➡DOA AWAL TAHUN (DAN BERANGKAI DENGAN DOA AKHIR TAHUN)
Doa itu ibadah, begitu juga memohon ampun, boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Termasuklah doa kita contohnya, "Ya Allah, semoga bermula tahun baru hijrah ini, bertambah iman dan ilmuku, dan semakin baik amalanku."

Namun doa awal tahun dan akhir tahun, yang dibaca dengan kaifiyyat tertentu dikritik oleh para ulama’, kerana ia disandarkan kepada sebuah riwayat yang antaranya; ‘Menganjurkan dibaca doa itu 3 kali, dan syaitan pun dikatakan kecewa  tidak dapat menggodanya pada tahun itu.'
Riwayat ini tidak ditemui asal usulnya oleh para ulama’. Ia dikemukakan dalam buku tertentu tanpa dinyatakan sanad dan sumber.
Tiada dalam kitab2 hadith mu'tabarah, dan diputuskan sebagai riwayat yang batil.
Jadi, tidak boleh kita yakini bahawa ia adalah anjuran dalam agama Islam.

➡CATATAN AMALAN
Dakwaan yang mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah, dan dibuka pada awal Muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadith Nabi saw.

📚📚
Hadith2 yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada:
1. Setiap hari (setiap pagi dan petang.
2. Dua kali setiap minggu(setiap Isnin dan Khamis)
3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu Sya'ban. -Hadith palsu juga banyak berkisar tentang nisfu Sya'ban-)

Hadith2 sahih/thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
✅1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ ".
Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat2 itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba2-Nya:
{Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba-hamba-Ku itu?} Jawab para malaikat:
'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'
(Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar. ) -Hadith Sahih-
Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.

✅2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا "

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Amalan2 manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai."
(Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan.) Hadith Sahih.

✅3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)
عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم.
Usamah bin Zaid ra meriwayatkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'
Jawab Rasulullah saw, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa.'"
(Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.) -Hadith Hasan-

➡ BENARKAH ANJURAN MEMPERINGATKAN?
Tentang hadith anjuran supaya memperingatkan bulan Muharram, dengan ganjaran tidak dibakar api neraka, tidak dapat dikesan dari mana datangnya hadith itu.
Agak pelik bila lafaz yang sama juga disebarkan untuk bulan2 lain.
"Barangsiapa yg memperingatkan bulan Sya'ban...."
"Barangsiapa yg memperingatkan bulan Zulhijjah...."
"Barangsiapa yg memperingatkan bulan Rajab..."

Berdasarkan panduan para ulama’ dalam mengenali hadith palsu, dan jika kita biasa dengan hadith-hadith yang sahih, hadith ini perlu kita tawaqquf (jangan sebar, jangan beramal kerana hadith itu tidak jelas dan sahih sumbernya).

Sebarkanlah penjelasan tentangnya.

Kesimpulan:
Sedaya upaya yang mungkin, kita cuba pastikan sebaran yang dibuat menepati saranan hadith sahih:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ ".
Nabi saw bersabda, maksudnya, "Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat. Ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa (jika kamu tidak menyampaikannya atau jika kamu menyampaikannya). Dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka biar dia sediakan tempatnya dalam neraka."
(Sahih Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya, Bab Ma Dhukira Bani Israil.)
                   والله اعلم .

(AAM, 27 Zulhijjah 1435H)

Friday, October 17, 2014

M City@ Jalan Ampang by Mah Sing Group for Sale

M City@ Jalan Ampang by Mah Sing Group

* Freehold * 
* Service Residence * 
* Commercial Lot * 

* Booking Fee ONLY RM5000 * 

* Multiple Hanging Garden * 

* KLCC skyline view * 
* Build up size frm 506sf - 2523sf * 
* Selling frm Rm588k onward * 
* FREE SPA LEGAL FEE * 
* FREE LOAN LEGAL FEE * 
* FREE DISBURSEMENT AND STAMP DUTY * 
* FREE BUILT IN ELECTRICAL APPLIANCE * 















Why you have to select M City :
* Below market price
* Fully Furnished
* Luxury facilities
* The first Hanging Garden ib KL
* Advanced Security systems
* North/South orientation
* Private Club house
* 5 minute drive to Kl city center
*5 minute walking destiny to future MRT
* Opposite bus stop station
* Easy access to highway

Location Map:


Download Brochure here



Kindly call me for viewing 
Sophy Sufian 0193355399

Nice view taken from top of Bangi Gateway... Bandar Baru Bangi hujan malam ni...



via Instagram http://ift.tt/1vmsUun

M City@ Jalan Ampang by Mah Sing Group *Freehold *Service Residence *Commercial Lot *Booking Fee ONLY RM5000 *Multiple Hanging Garden *KLCC skyline view *Build up size frm 506sf - 2523sf * Selling frm Rm588k onward *FREE SPA LEGAL FEE *FREE LOAN LEGAL FEE * FREE DISBURSEMENT AND STAMP DUTY * FREE BUILT IN ELECTRICAL APPLIANCE Why you have to select M City : * Below market price * Fully Furnished * Luxury facilities * The first Hanging Garden ib KL * Advanced Security systems * North/South orientation * Private Club house * 5 minute drive to Kl city center *5 minute walking destiny to future MRT * Opposite bus stop station * Easy access to highway Kindly call me for viewing :) Sophy Sufian 0193355399



via Instagram http://ift.tt/1FahePD

Dapatkan tawaran Zakat Perniagaan dari UMW kepada masjid dan surau [SEGERA]

Salam sejahtera..

Di sini ada makluman..UMW kini sedang memberi zakat perniagaannya..
Sekiranya ada masjid2 atau surau2 yg berhampiran di rumah anda memerlukan sumbangan sila buat kertas kerja sertakan skali gambar dan nyatakan sekali tujuan sumbangan tersebut ke alamat yg tertera ini

DR WAFI NAZRIN BIN ABDUL HAMID
UMW CORPORATION
SDN BHD
JALAN UTAS 15/7
42000 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

Sila hartarkan 
permohonan itu 
dengan kadar segera
Sblm 15 Nov 2014.

Sekian.

* Dr Wafi ialah anak almarhum Dato Dr Abd Hamid Othman...menetap di Alam Shah... Mungkin kita blh cuba utk buat pemohohan tu asalkan tujuan murni & kemudahan bersama.

NEW ECO SEMI-D @ Cyberjaya.

NEW ECO SEMI-D @ Cyberjaya

** Freehold **
** Very LOW downpayment( Less than Rm50k) **
** Only start frm 1.6M **

** Design with GREEN & ECO friendly concept **

** 50 Acres Forest Reserved **
** Gated and guarded with CCTV **
** Free SPA and All Legal Fees **
** Special offer **
** High Return of Capital Appreciation **
** 10min to Puchong **
** 15 min to KLIA **
** 20 min to KLCC **
** Limited units only **
** Selling fast **


























Pls contact now and get special offer : 
Sophy Sufian 019-3355399
Faizal Azri 016-2374488

Thursday, October 16, 2014

Antara Harapan dan Sesalan Seorang Ayah

Bila sebut sahaja "Anak-ku Sazali" pasti kita semua teringat kisah antara seorang ayah dengan anaknya yang amat disayanginya bahkan sebenarnya terlebih sayang sehingga menurut sahaja segala kemahuan apa sahaja yang diminta oleh anak kepada bapanya.



Semua orang sayangkan anak, cuma pepatah melayu ada menyatakan... sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan... yang bermaksud anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akan menjadi sombong (maksud pepatah ni 'Pakcik Google' yang bagitau)

Lihat sahaja bagaimana kasihnya seorang ayah terhadap anaknya di dalam video ini... hayati liriknya yang penuh pengharapan seorang ayah terhadap anaknya...


Namun harapan tinggal harapan apabila telah dewasa anak-ku Sazali yang terlebih dimanjakan dan akibat salah didikan seperti video ini...

Dialog antara ayah dan anaknya berbunyi begini:

Sazali
"Sekarang sudah pukul 2, mengapa bapak masih belum tidur lagii !!!’
Ayah Sazali:
” Sebab aku menunggu kau pulang.. Betulkah kau tak mahu berkahwin dengan Rokiah ???”
Sazali:
‘Betul Pak, bapak tau apa yang telah terjadi pada Rokiah?? Sazali tak mahu menjadi pak sanggup. Anak yang Rokiah kandung sekarang bukannya anak Sazali’
Ayah Sazali:
“Berani kau berkata begitu.. anak kurang ajarr !!! Inikah balasan yang aku dapat, setelah aku didik kau dengan penuh kasih mesra..”
“Inikah hasil yang aku dapat, setelah aku memberi kau segala kepuasan dan kebebasan hidup.., Anak yang tak tau malu..Kau cemarkan nama Rokiah ya !, nama anak Pak Longmu sendiri..”
“Sazali…lebih baik kau tarik balik segala kata-katamu, sebelum perkara yang tak diingini berlaku… sebelum aku mengusir kau keluar dari rumah ini..”
“kau tarik balik Sazaliii ..”  diiringi dengan penampar yang hinggap ke muka Sazali.
“aku belum puas Sazali…belum puas…” lalu mengambil tongkat untuk memukul Sazali..
Sazali:
“Berhenti… Jikalau 10 tahun dahulu bapak melakukan sedemikian, barangkali Sazali boleh jadi baik sekarang..”
“Tapi sekarang sudah terlambat…sudah lambat pak !!”
“Bapak yang bersalah dalam soal ini, bapak membesarkan Sazali dengan secara membabi buta saja, segala apa kemahuan Sazali bapak tunaikan..sagala apa hajat Sazali, bapak sempurnakan, sehingga Sazali pandai cakap bohong sama bapak…sehingga Sazali menipu bapak.. menipu untuk kepentingan diri.. “
“tetapi bapak hanya…’Anakku Sazali’.. bapak yang bertanggungjawab atas segala kelakuan buruk dan baik Sazali..”


Aduhhh.... sakitnya hati kan? Boleh sakit jantung rasanya bila anak yang kita sayangi, yang kita belai, yang kita usap kepalanya setiap pagi dan malam tiba-tiba jadi macam ni kan? Tapi nak buat macam mana... silap sendiri jugak yang salah mendidik anak... terlalu fikirkan dunia sampai tak fikir tentang akhirat... Tak salah nak sayang anak... nak belai anak... nak usap anak... tapi yang lebih penting kena juga beri didikan agama dan iman... jangan hanya fikir dunia je...

Sama-sama lah kita jadikan kisah ini sebagai iktibar dan tauladan dalam kita mendidik anak... 

Wednesday, October 15, 2014

Perbandingan harga minyak antara Petronas, Shell, Caltex dan Petron

Ada kawan yang kongsi kat Whatsapp tadi tentang perbandingan harga minyak di antara Petronas, Shell, Caltex dan Petron.





Kalau tengok daripada gambar-gambar ni, secara perbandingannya memang Petronas paling mahal sementara yang Shell tu sukar dipastikan sebab ia hanya berpandukan kepada 2 titik perpuluhan sedangkan yang lain-lain menggunakan meter 3 titik perpuluhan.

Kalau ikut pengalaman saya masa kerja kat Petronas Dagangan Berhad dulu, syarikat minyak Shell berkongsi depoh yang sama dengan Petronas cuma bila mintak sampai di stesen mereka akan campurkan "additive" mereka sendiri. So, ada kemungkinan jugak harga Shell sama mahal macam Petronas (atau lebih mahal kan? Tak aci betul lah Shell ni guna 2 titik perpuluhan je...)

Untuk nak betul² kepastian mungkin kita boleh sama² check nanti.

Kalau ada sesiapa yg dah check nanti tolong share update kat sini ye?