AdSense ssufian

Sunday, August 31, 2014

Setiap tahun Malaysia menyambut hari kemerdekaan maka setiap kali itu juga lah pemimpin Malaysia akan "menyembah" Tugu Negara... sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan telah lama (semenjak 1995 lagi) dengan jelas mengisytiharkan bahawa amalan berkenaan adalah syirik (menyengutukan Allah)... Apakah amalan khurafat ini masih dan akan diteruskan lagi pada hari ini? Apakah kita telah Merdeka dalam erti kata yg sebenar? Kaji sejarah, kaji bagaimana Malaysia yg sebelum ini lama dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu dan Malacca mendapat kemerdekaan? "Penjajah" mana yg iktiraf kemerdekaan kepada negara kita? Apa syarat² yg PENJAJAH telah tetapkan sebelum "merdeka"? Cuba amati dengan teliti ukiran tersebut dari segi pakaian, rupa bentuk dan lihat senarai nama yg terpahat atas plak atas tugu tersebut, nama siapa yg tersenarai? Ada ke nama pahlawan-pahlawan Melayu seperti Tok Janggut, Mat Saleh, Datok Bahaman yg betul² memperjuangkan nasib org Melayu dan Islam di Tanah Melayu ketika itu yg tertera di situ? Alhamdulillah sudah 57 tahun Malaysia merdeka dan sudah sampai masanya kita mencorakkan kemerdekaan kita sendiri tanpa pengaruh daripada mana² pihak. Semoga amalan khurafat ini tidak berterusan lagi. Aminnn....



via Instagram http://ift.tt/1vyDvDG

No comments:

Post a Comment