AdSense ssufian

Friday, May 2, 2014

Meniru itu adalah suatu SENI...

Subahanallah.... Tinggi betul perspektif Prof Abdullah Hassan ni tentang konsep "meniru"...

Bila difikirkan semula maka memang betul lah selama ini kita hidup dengan meniru... Meniru sebenarnya adalah suatu SENI... Jangan sesekali samakan meniru dengan menipu sebab secara tak langsung kita sebenarnya menafikan fitrah manusia untuk berjaya...

Konflik berlaku bila dalam peperiksaan cikgu pesan jangan meniru, tapi bila dah besar kita disarankan untuk "copycat" kejayaan org lain dalam hidup kita... Sebenarnya yang cikgu kena tegaskan ialah jangan menipu... dan bukan "jangan meniru"... sekali lagi saya tegaskan meniru itu adalah suatu SENI....

Aktiviti meniru ini banyak berlaku dlm model perniagaan... malah Jepun juga berjaya keluar daripada kemunduran daripada amalan meniru... China hebat disebabkan teknologi2 yang mereka ada sekarang ini adalah hasil meniru sehingga kini mereka pegang kuasa ekonomi dunia...

Dalam Islam... kita sebagai umat nabi Muhammad meniru cara hidup nabi kita... walau pun bukan 100%...

Para hafiz juga meniru bulat-bulat (menghafal) apa yang dia baca dari Al Quran ke dalam minda dan mereka tulis kembali Al Quran yang mereka dah hafal BULAT-BULAT tanpa ada pengubahsuaian pun (meniru lah tu...)

Yang penting ialah galakkan org meniru cuma meniru kena ada ILMU MENIRU...

Sumber:
Meniru itu adalah satu kaedah belajar yang baik

Lupa hamba bertanya nama guru ini. Beliau datang dari Kulim. Hamba menemui beliau di PBAKL hari ini.

Beliau sekadar bertanya bagaimana caranya menggalakkan murid membaca. Terus terang hamba menyatakan hamba tidak tahu. Walau bagaimanapun hamba mencadangkan berikan mereka tugasan yang memerlukan mereka membaca, iaitu membaca bagi mengumpulkan maklumat.

Respons beliau, "Itulah masalahnya, mereka terus saja mengkopi dan mempaste! Mereka meniru!"

Sekarang hamba faham, masalah guru ini bukan pelajarnya tidak membaca, tetapi beliau tidak "suka" pelajarnya mengkopi dan mempaste."

Lalu hamba menjelaskan, "Sebenarnya itulah yang baik. Mereka pandai meniru. Bayangkan kita tidak dapat mengkopi dan mempaste ke dalam minda dan lakuan kita, segala yang diajarkan oleh jurulatih memandu kita, kita tidak akan dapat belajar memandu kereta.'

Beliau hairan, bukankah kita diajar jangan meniru! Mana mungkin. Kita mesti meniru! Dengan tidak meniru kita tidak akan dapat belajar apa pun! Kita sudah salah faham tentang kaedah belajar.

Juga kata hamba, jangan larang mereka membaca dalam internet. Pelajar kita mudah saja menaip perkataan "buah bidara" pada laman Makcik Google dan pasti dalam masa seminit dia akan mendapat banyak jawapan. Di perpustakaan, itu tidak dapat berlaku sepantas itu.

Tanya beliau lagi, "Tidakkah itu meniru?"

Jawab hamba, "Ya, meniru itu adalah kaedah belajar yang betul. Cuma adakah mereka menipu? Hanya jikalau pelajar kita tidak sebenarnya memahami apa yang dikopinya, itu bermakna dia tidak belajar apa-apa, dia sudah menipu diri sendiri!"

Bagi mengelakkan keadaan ini, pada tahap kedua, mintalah pelajar itu mengungkapkan semula dalam bahasanya sendiri segala yang dikopi dan dipaste itu. Tidak mungkin 100% dalam perkataan sendiri atau menggunakan ayat dan perkataan yang berlainan. Itu tidak menjadi hal. Dia pasti belajar beberapa hal.

Sebaliknya apabila kita memarahi dia kerana mengkopi dan mempaste. Tentu dia tidak belajar apa-apa. Pujilah perbuatan yang pandai mengkopi dan mempaste itu. Selepas itu galakkan saja dia menulis semula dalam bahasanya sendiri. Jikalau dia memahami isi sesuatu artikel, dia akan dengan mudah mengungkapkan semua dalam bahasa yang tidak sama dengan bahan bacaannya. namun tidak 100% berlainan.

Hamba yakin, tidak pernah ada orang yang tidak pernah meniru dalam belajar. Berlaku adillah pada pelajar kita! Kita dulu juga meniru!
Semoga bermanfaat untuk disebarkan kepada yang lain-lain.

No comments:

Post a Comment