AdSense ssufian

Monday, October 13, 2014

This folder is empty

Pernah tak anda mengalami masalah tiba-tiba 'thumb drive' atau 'flash drive' atau 'USB drive' anda kosong je bila anda buka komputer sedangkan sebelumnya anda begitu pasti ia penuh berisi dan anda ada simpan file penting dalam tu. Pasti huru hara jadinya kan?

Jangan risau, ada jalan penyelesaiannya...

Satu caranya ialah anda kena pastikan file dalam tu bukan dalam 'hidden mode'

Caranya ialah:

  • Klik 'Start'
  • Taip 'cmd' dalam 'search box'
  • Tekan 'Enter'
  • Tetingkap 'Command Prompt' akan terbuka
  • Saya andaikan 'drive' tersebut sebagai 'G:', sekarang taip attrib -h -r -s /s /d g:\*.* (pastikan anda tukar g kepada drive yang anda gunakan. Anda boleh copy paste yang bertanda merah di atas terus ke dalam 'Command Prompt' dengan cara meng'highlight' keseluruhan yang berwarna merah dan 'right click' dalam 'Command Prompt' dan klik pada 'Paste'.
  • Tekan 'Enter' lepas 'paste' atau taip semula arahan ke dalam 'Command Prompt'
Satu lagi cara ialah:
1. Klik 'Start' --> Run --> taip 'Control Folders' --> Tekan 'Enter'

2. Bila tetingkap 'Folder Options' akan terbuka, klik pada tab 'View'
3. Tick pada "Show hidden files, folders, and drives." dan untick pada "Hide protected operating system files (Recommended)"


4. Sekarang cuba cabut dulu keluar thumb drive dan masukkan semula ke dalam USB port komputer.
5. Anda boleh tick semula "Don't show hidden files, folders, or drive" dan pilih semula "Hide protected operating system files (Recommended)" selepas dapat melihat semula file penting anda dalam USB drive tersebut.

Anda boleh kongsikan artikel ini kepada sesiapa yang menghadapi masalah seperti ini.
"The More You Give, The More You Get Back'



No comments:

Post a Comment