AdSense ssufian

Showing posts with label al Baqarah. Show all posts
Showing posts with label al Baqarah. Show all posts

Wednesday, December 31, 2014

Menunjuk-nunjuk dalam perkara kebaikan

Mungkin sebelum ni kita pernah tengok org buat majlis penyampaian cek derma...

Atau sebelum ni ada terbaca posting individu tertentu yang kongsi perkara-perkara kebaikan yg dia lakukan...

Dalam masa yang sama mungkin akan ada pula yang terasa hati dan mula lah mengatakan org itu atau syarikat itu atau pihak itu tidak ikhlas sebab menunjuk-nunjuk perkara kebaikan yang dia buat...

Pada pendapat saya semuanya bergantung kepada niat...

Dalam Surah Al Baqorah Allah ada berfirman...

Surah Al-Baqara, Verse 271:
إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Dan firman Allah lagi...
Surah Al-Baqara, Verse 274:
الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.

Kita ni pula yg melihat ni digalakkan untuk bersangka baik...

Ustaz saya ada bercerita masa zaman sahabat dulu, para sahabat bila berkumpul mereka akan bercerita tentang amal ibadah yang mereka lakukan... puasa sunat, solat tahajjud, menderma dan segala kebaikan-kebaikan yg mereka buat akan ditonjolkan... tujuannya supaya ada sahabat lain yang terasa hati nak berlawan buat ibadah yang sama atau lebih baik lagi daripada yang bercerita tadi...

Jadi... mulai saat ini, belajar-belajarlah untuk bersangka baik... sedangkan Allah sendiri bersangka baik dengan mereka yang menunjuk-nunjuk kebaikan asalkan niatnya betul kan?

Mulai saat ini juga... kalau ada buat benda baik dan nak kongsikan kat Facebook atau Instagram atau YouTube atau blog... tak kisah lah nak tunjuk kat memana pun... tunjukkan je lah... tak salah pun...

Wallahua'lam...

Tuesday, August 26, 2014

Jangan Mengeluh

Sedikit Tazkirah

Nasihat Ustaz
Utk perkongsian:

Ketika kita mengeluh:

“eeeiii, aku penat sangat..."

ALLAH menjawab:
(وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)

Ketika kita mengeluh:
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."

ALLAH menjawab :
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan”
(Al Baqarah : 286)

Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa..."

ALLAH menjawab :
( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang”
(Ar Ra'd : 28)

Ketika kita mengeluh:
“Apa yg aku buat ni semua sia-sia..."

ALLAH menjawab :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nesc aya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)

Ketika kita mengeluh:
“ tak dak sorang pun yg nak tolong aku..."

ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”
(Al Ghafir : 60)

Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...”

ALLAH menjawab:
ِ ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Jgnlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita "
(At Taubah : 40)

Jgn byk mengeluh . Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini , dgn taqwa...

Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang bertakwa kpdNya